Jemputan Menghadiri Jamuan Hari Raya PEJUTA

Sukacitanya ingin dimaklumkan bahawa Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia  (PEJUTA) akan mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya 2018 pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh   : 26 Jun 2018 (Selasa)

Masa     : 11.30 pagi – 4.00 petang

Tempat : Persatuan Juruukur Tanah

                2736A, Jalan Permata 4

                Taman Permata,

                53300 Ulu Kelang,

                Kuala Lumpur.

Kod Pakaian  : Baju Melayu / Baju Batik

Sehubungan dengan itu, PEJUTA ingin menjemput  YBhg. Dato’/Datuk/Tuan Haji/Tuan/Puan untuk hadir bagi memeriahkan dan menyerikan lagi majlis ini. Kesudian YBhg. Dato’/Datuk/Tuan Haji/Tuan/Puan untuk hadir ke majlis ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Sekiranya pihak YBhg. Dato’/Datuk/Tuan Haji/Tuan/Puan berkelapangan menghadiri Jamuan Hari Raya tersebut, sila lengkapkan borang dan diemailkan kepada secretariat.pejuta@gmail.com sebelum atau pada 8 Jun 2018 (Jumaat) untuk tindakan selanjutnya.

Sekian, Terima Kasih.

 

Jemputan Jamuan Hari Raya 2018

Borang Pengesahan Kehadiran