Jemputan Menghadiri Hari Profesional PEJUTA 2018

KEPADA SEMUA AHLI PEJUTA

Adalah dengan segala hormatnya dan sukacita dimaklumkan bahawa satu program Hari Profesional buat kali ketiga bertemakan “Cowboy” akan dianjurkan oleh PEJUTA sepertimana mengikut butiran di bawah;

 

Tarikh            : 25 Ogos 2018 (Sabtu)

Masa              : 7.00 pagi – 2.00 petang

Tempat          : Taman Rimba Alam

Presint 15 Putrajaya

W.P Putrajaya (Rujuk Peta Lokasi)

Program        : Rujuk Aturcara

Kod Pakaian : Cowboy/Cowgirl

 

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan boleh mendapatkan borang pengesahan kehadiran serta butiran program Hari Profesional di laman sesawang ini dan kembalikan semula kepada pihak Sekretariat PEJUTA selewat-lewatnya 2 Ogos 2018 bagi mempermudahkan urusan penganjuran program tersebut.

 

Kami berbesar hati sekiranya YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan sekeluarga dapat meluangkan masa menghadirkan diri bagi memeriahkan program ini. Semoga dengan kehadiran ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga PEJUTA.

 

Sekian dimaklumkan dan terima kasih

 

Muat Turun;

Borang Pengesahan Kehadiran

Peta Lokasi

Aturcara