PERSIDANGAN “KL GEOHYDRO 2019” ANJURAN PEJUTA KERJASAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) DAN INTERNATIONAL FEDERATION OF SURVEYORS (FIG)

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan Haji/Tuan/Puan,

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan perkara tersebut, dimaklumkan bahawa Persidangan “KL GEOHYDRO 2019” akan diadakan pada ketetapan seperti berikut;

                                      Tarikh     :       18 – 19 November 2019

                                      Masa       :       9.00 pagi – 5.00 petang

                                      Tempat   :       Hotel Istana Kuala Lumpur

73, Jalan Raja Chulan

50200 Kuala Lumpur.

Maklumat ringkas mengenai kursus tersebut ada disediakan di Lampiran untuk rujukan YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Tuan Haji/Puan. Yuran pengurusan sebanyak RM250 akan dikenakan bagi setiap peserta yang berdaftar dengan PEJUTA.

Sekiranya YBhg. Datuk/Dato’/Tuan Haji/Tuan/Puan berminat, sila lengkapkan Borang Pendaftaran Persidangan dalam lampiran yang disertakan. Borang pendaftaran Persidangan ini hendaklah dikemukakan kepada Sekretariat PEJUTA melalui faksimile 03 – 41071140 sebelum atau pada 30 September 2019 (Isnin).  Sebarang pertanyaan mengenai kursus tersebut, sila hubungi sekretariat PEJUTA di talian 03-41088540.

Sekian, dimaklumkan dan terima kasih.

 

MUAT TURUN RISALAH

Maklumat lanjut : https://www.geoinfo.utm.my/klgeohydro/

You may also like...