MAJLIS JAMUAN HARI RAYA

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

KEPADA SEMUA AHLI-AHLI PEJUTA

YBhg. Dato’/Datuk/Tuan Haji/Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI JAMUAN HARI RAYA PEJUTA.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacitanya ingin dimaklumkan bahawa Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) akan menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya 2017 pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

 

Tarikh   : 20 Julai 2017 (Khamis)

Masa    : 11.00 pagi – 2.00 petang

Tempat : PEJUTA Centre Of Excellence

               2735A, Jalan Permata 4

              Taman Permata, 53300 Kuala Lumpur

 

Sehubungan dengan itu, PEJUTA dengan penuh takzimnya menjemput  YBhg. Dato’/Datuk/Tuan Haji/Tuan/Puan untuk hadir bagi memeriahkan dan menyerikan lagi majlis ini. Sekiranya YBhg. Dato’/Datuk/Tuan Haji/Tuan/Puan. Kesudian YBhg. Dato’/Datuk/Tuan Haji/Tuan/Puan untuk hadir ke majlis ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

 

Sekiranya pihak YBhg. Dato’/Datuk/Tuan Haji/Tuan/Puan berkelapangan menghadiri Jamuan Hari Raya tersebut, sila lengkapkan borang yang dilampirkan dan diemailkan kepada asqin.pejuta@gmail.com atau fakskan di nombor 03-41071140 sebelum atau pada 13 Julai 2017 (Khamis) untuk tindakan selanjutnya.

DOWNLOAD : Borang Pengesahan Kehadiran Jamuan Hari Raya