PELAKSANAAN eNOTIFICATION OLEH LJT

YBhg. Dato’/Datuk/Tuan Haji/Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) sedang melaksanakan sistem eNotification untuk semua Jurukur Tanah Berlesen (JTB).

Tujuan sistem eNotification adalah untuk memberi notifikasi kepada JTB melalui sistem pesanan ringkas (sms) dan e-mel tentang deposit fi ukur yang diterima oleh LJT supaya JTB membuat pendaftaran kerja dalam tempoh masa tujuh (7) hari.

Pihak LJT akan memberi peringatan mesra sekiranya pendaftaran kerja tidak dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan manakala surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada JTB sekiranya masih gagal membuat pendaftaran kerja.

Sekian dimaklumkan dan terima kasih.