GEOMATICS OPEN DAY & EXHIBITION 2023 (GEODEX23)
Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) telah bekerjasama dengan Politeknik Ungku Omar (PUO), Jurukur Radian dan Jurukur Makhtar dalam penganjuran Hari Terbuka dan Pameran Geomatik 2023 (GeODex’2023) pada 18 September 2023 untuk pertama kalinya. Matlamat utama acara ini adalah untuk meningkatkan pemahaman masyarakat umum dalam bidang Ukur Geomatik.
Mantan Presiden PEJUTA, Dr Noordin bin Ahmad telah menyampaikan pembentangan bertajuk Discovering the World through Geomatic by Expert serta tajuk pembentangan Future Ready Surveyor disampaikan oleh En Ezam bin Ariffin, Naib Presiden PEJUTA.
Sijil Kolaborasi Strategik (Certification of Collaboration – CoC) juga telah ditandatangani diantara pihak PEJUTA dan PUO sebagai usaha memberikan pencerahan, terutama kepada pelajar sekolah, dalam pemilihan bidang Ukur Geomatik sebagai pilihan pendidikan tinggi dan kerjaya di masa depan.