SEMINAR PEMBANGUNAN PROFESIONAL JURUUKUR TANAH BERLESEN BIL. 1/2024
Seminar Pembangunan Profesional Juruukur Tanah Berlesen Bil. 1/2024 dan Sesi Bersama Presiden dan Perkenalan Calon – Calon Ahli Majlis Eksekutif PEJUTA Sesi 2024/2026 telah diadakan pada 06 Mac 2024 bertempat di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.
PEJUTA telah menjemput dua (2) penceramah iaitu Norhikmahtul Hakim binti Othman daripada KWSP Cawangan Wangsa Maju telah berkongsi maklumat mengenai KWSP & Anda. Malah, Wan Kartini binti W. Azmi, Cawangan Dasar Cukai Perkhidmatan, Bahagian Cukai Dalam Negeri (SST), Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah membentangkan mengenai Cukai Perkhidmatan.
Sesi Bersama Presiden dan Perkenalan Calon – Calon Ahli Majlis Eksekutif PEJUTA Sesi 2024/2026 telah diadakan pada sesi Petang.
Download Slide Seminar : Cukai Perkhidmatan (KASTAM)