BENGKEL KERJA-KERJA TAMBAHAN BAGI PROSES PENGAMBIL ALIHAN BALIK TANAH BERSAMA JKPTG
Bengkel Kerja-Kerja Tambahan Bagi Proses Pengambil Alihan Balik Tanah Bersama JKPTG telah diadakan pada 31 Mac 2024 bertempat di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan bagi penerangan serta perkongsian ilmu berkaitan sistem MyLand di JKPTG.
Bengkel yang bermula pada pukul 9 pagi ini telah disampaikan oleh Encik Mohammad Shaiful Naim Bin Abd Gani, Bahagian Harta Tanah Persekutuan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.
Bengkel ini dihadiri oleh seramai 32 orang Juruukur Tanah Berlesen (Ahli PEJUTA) serta 12 orang kakitangan JTB (Pemproses data). Bengkel ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi perkongsian maklumat dan juga sesi ‘Hands-on’ dengan menggunakan data-data JTB yang sedia ada.