11th NATIONAL GEOMATICS/GEOINFORMATICS STUDENTS INNOVATION COMPETITION (NGGSIC)

Program 11th National Geomatics/Geoinformatics Student Innovation Competition 2024 (NGGSIC) telah diadakan pada 24 – 25 Mei 2024. Program ini merupakan program tahunan yang dianjurkan secara usahasama diantara Royal Institution of Surveyor Malaysia (RISM) dan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPT & IPTS) seluruh Malaysia. Politeknik Merlimau telah diberi peluang dan kepercayaan oleh RISM untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran NGGSIC kali ke-11 bagi tahun 2024.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menggalakkan para pelajar IPTA dan IPTS terutamanya dari bidang Sains Ukur, Geomatik dan Geoinformasi di dalam menghasilkan kajian, rekacipta dan idea-idea baru di dalam penghasilan peta yang kreatif dan berkualiti dan juga membangunkan sistem-sistem yang inovatif berkaitan dengan bidang yang diceburi.

Program ini turut melibatkan 70 penyertaan secara berkumpulan dari 11 Institut Pengajian Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) dari seluruh Malaysia. Program ini merupakan satu-satunya platform yang disediakan di peringkat kebangsaan dalam mengetengahkan kreativiti para pelajar dalam membangunkan sistem yang inovatif dalam bidang Geomatic dan Geoinfomatik khasnya, serta bertepatan dengan pertandingan kali ini iaitu pertandingan peta kreatif dan inovasi sistem/gajet. Dua kategori turut dipertandingkan bagi bagi kumpulan diploma dan ijazah (kategori map kreatif dan kategori inovasi).

Majlis perasmian dan penutup NGGSIC 2024 ini telah disempurnakan oleh YBrs. Sr Dr. Mohd Yunus Bin Mohd Yusoff, Presiden Bahagian Geomatik & Ukur Tanah, Royal Institution of Surveyor Malaysia (RISM) dan diikuti dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

PEJUTA juga terlibat dalam program ini dalam memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peranan PEJUTA dan profesyen Juruukur Tanah Berlesen sebagai pemain industri di Malaysia.

 

You may also like...