GEOMATICS DAY 2024 – POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
Geomatics Day 2024 anjuran Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah diadakan pada 30 April 2024 bertempat di Dewan Muadzam Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim, Kedah. Selain daripada pelajar Diploma Geomatik, terdapat empat (4) buah sekolah di sekitar daerah Kulim juga turut terlibat.
Ahmad Wizan bin Mohd Thani, Naib Presiden PEJUTA telah memberi pembentangan ringkas mengenai profesyen Juruukur Tanah Berlesen kepada para pelajar. Pihak PEJUTA juga dijemput untuk membuka pameran dan memberikan penerangan serba sedikit berkenaan PEJUTA kepada peserta.
Program diteruskan lagi dengan Latihan dalam Kumpulan – Asas Pengendalian Dron, Pertandingan Ujian Kawalan Dron serta Demostrasi Penerbangan Dron dan Pemetaan menggunakan Dron.
Pihak PEJUTA ingin mengucapkan semoga maju jaya kepada semua pelajar dalam apa jua bidang yang diceburi.