SEMINAR LOT LIDI – UNTUNG SECUPAK RUGI SEGANTANG

Seminar Lot Lidi anjuran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (PTG KEDAH) dan Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN) telah diadakan di Auditorium Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), Kedah.

Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberikan kefahaman serta kesedaran kepada orang ramai mengenai risiko pembelian tanah lot lidi yang makin berleluasa sejak mutakhir ini.

Menteri Besar Kedah, YAB. Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor telah hadir bagi merasmikan seminar ini. Turut hadir ialah Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahadan bin Haji Abdullah dan Yang Dipertua MPSPK, Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus.

YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahadan bin Haji Abdullah telah memberi pembentangan mengenai Isu-isu Lot Lidi di Negeri Kedah manakala Puan Nurul Azhani binti Shaharim telah menjadi moderator kepada Tiga orang ahli panel iaitu Naib Presiden PEJUTA, Tuan Haji Ahmad Wizan bin Mohd Thani, Pengarah Bahagian Pengurusan dan Perundangan JKPTG, Tuan Jaiya bin Abu dan Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang, Prof. Madya Dr. Noraziah binti Abu Bakar dari UiTM Shah Alam.

 

You may also like...