KUNJUNGAN HORMAT AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PEJUTA KEPADA KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM)

Presiden PEJUTA, YBrs. Md Rodi bin Ismail telah mengetuai sesi kunjungan hormat Ahli Majlis Eksekutif kepada YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia pada 9 Mei 2024.

Turut hadir sesi kunjungan hormat ialah YBrs. Sr Muhamad Salim bin Mohammed Asari, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II (TKPUP II) dan Sr Rabiulkhair bin Mohd Noor, Pengarah Ukur Seksyen Pengurusan Korporat (Bahagian Perancangan dan Korporat).

Sesi kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara PEJUTA dan JUPEM dalam merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti ukur dan pemetaan di Malaysia.

Selain itu, PEJUTA turut membincangkan berkaitan perkukuhan Profesion Juruukur Tanah seperti Pindaan Akta JTB, Halatuju PEJUTA dan program yang dirancang pada tahun ini yang turut melibatkan kerjasama dengan pihak JUPEM.

Akhir sekali, Presiden PEJUTA telah menyampaikan cenderahati dan sijil Ahli Kehormat PEJUTA kepada Sr Hazri bin Hassan. Semoga PEJUTA dan JUPEM dapat mengeratkan lagi kerjasama di masa akan datang.

You may also like...