MAJLIS GRADUASI HYDROGRAPHY AND MARINE TECHNOLOGY PROGRAMME (UTM HYDRO III) FIG/IHO/ICA CATEGORY “A” SESI 2023/2024
Majlis Graduasi Hydrography and Marine Technology Programme (UTM HYDRO III) FIG/IHO/ICA Category ‘A’ bagi Sesi (2023/2024) anjuran Universiti Teknologi Malaysia telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Sr Dr. Kherun Nita binti Ali, selaku Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM yang diadakan pada 09 Mei 2024 bertempat di DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur
Turut hadir ke majlis ini ialah Ahli Majlis Eksekutif PEJUTA, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Lembaga Jurukur Tanah (LJT) dan Pusat Hidrografi Nasional (PHN).
Seramai 21 pelajar telah berjaya menamatkan Program UTM HYDRO III dengan jayanya dan telah menerima Sijil kelulusan dan diiktiraf oleh FIG/IHO/ICA International Board on Standards of Competence for Hydrographic Surveyors and Nautical Cartographers (IBSC).
PEJUTA dengan ini mengucapkan Tahniah kepada semua yang telah tamat pengajian dengan jayanya.