SESI LIBAT URUS HALA TUJU JURUUKUR TANAH BERLESEN

Sesi Libat Urus Hala Tuju Juruukur Tanah Berlesen 2024 telah diadakan pada 22 April 2024 bertempat di Le Méridien Kuala Lumpur bertujuan untuk mendapatkan maklum balas, pandangan serta pendapat Ahli Ordinari PEJUTA terhadap Rang Undang-Undang Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024.

Seramai 141 orang Juruukur Tanah Berlesen yang juga ahli Ordinari PEJUTA telah hadir bagi membincangkan lain-lain isu berkenaan Fi denda yang dikenakan kepada JTB serta kepada juruukur tanah tidak bertauliah, JTB sebagai ‘Essential Profession’, Article Pupil, Pelan Strategik PEJUTA, keperluan pertambahan bilangan JTB di Malaysia dan pendepositan fi ukur geomatik kepada pihak LJT.

Perbincangan selama dua jam ini diteruskan lagi dengan Majlis Jamuan Hari Raya PEJUTA 2024 yang juga turut dihadiri oleh YBhg. Sr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, juga para jemputan daripada Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT), Geospatial Science & Technology College (GSTC) serta wakil daripada Pusat Hidrografi Nasional (PHN).