KARNIVAL GEOMATIK ANJURAN UiTM ARAU, PERLIS.

Karnival Geomatik anjuran Kolej Pengajian Alam Bina (KAB), UiTM Cawangan Perlis yang bertemakan ‘Geomatik Untuk Semua’ telah diadakan pada 15-16 Oktober 2024. Karnival ini melibatkan semua pensyarah dan para pelajar Sains Ukur & Geomatik UiTM Arau, pelajar IPTA dan pelajar sekolah. Objektif Karnival Geomatik adalah dapat meningkatkan kesedaran tentang apa itu Geomatik dan seterusnya menarik minat generasi muda untuk lebih mengenali Geomatik.

Presiden PEJUTA, YBrs. Encik Md Rodi bin Ismail telah menjadi salah seorang ahli panel forum yang bertajuk “Hala Tuju Bidang Sains Ukur & Geomatik” manakala Naib Presiden PEJUTA, Tuan Haji Ahmad Wizan bin Mohd Thani telah menjadi ahli panel bagi forum kesedaran awam yang bertajuk “Lot Lidi: Bala atau Untung?”.

You may also like...