SESI HI-TEA PEJUTA
Sesi Hi-tea PEJUTA telah disempurnakan oleh Tuan Presiden, YBrs. LSr Md Rodi bin Ismail pada 25 November 2024 bertempat di Shangri-La Kuala Lumpur. Program ini telah diadakan bagi mewujudkan satu platform untuk bertukar pendapat, berkongsi idea dan memperkukuh kerjasama dalam usaha memartabatkan bidang geomatik selaras dengan pelaksanaan Akta dan Peraturan Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024.