UCAPAN TAHNIAH ATAS PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN SERI MAHKOTA WILAYAH (SMW) YANG MEMBAWA GELARAN DATUK SERI
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ahli Majlis Eksekutif dan semua Ahli Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) dengan sukacitanya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Datuk Seri Md Alwi bin Che Ahmad atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri bersempena dengan hari Wilayah pada 1 Februari 2021.
Semoga Datuk Seri terus diberi kesihatan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Tahniah dan terus cemerlang.